Setelah sekian lama menanti jawapan siapakah individu di dalam video rakaman di atas ranjang yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali & menteri kanan Kabinet, Haziq Aziz akan diketahui sebelum hujung tahun ini.
BACA : Cyber Security Malaysia (CSM) Dedah Identiti Lelaki Dalam Video Semburit Haziq Kepada Polis
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, klip video tersebut sudah dihantar ke firma di sebuah universiti di AS untuk dianalisis oleh seorang pakar forensik digital.
Huzir menjelaskan langkah tersebut dibuat untuk mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
“Polis telah pergi ke AS baru-baru ini, dan mereka sudah balik. Laporan analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat,
PDRM sangat yakin sebelum hujung tahun.” – Huzir Mohamed.
Dia turut menegaskan ada sebab mengapa siasatan mengambil masa yang lama kerana antara aspek yang ditumpukan ialah menilai ketulenan video tersebut dan menjalankan proses pengecaman wajah individu yang terlibat.
Seterusnya, ia akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Memetik portal Malaysiakini, isu rakaman video semburit mirip Azmin & Haziq itu menjadi perhatian ramai apabila disebarkan secara sengaja dan kelihatan seperti dirancang dengan teliti pada Jun lalu.
Leave a Reply