Satu rakaman video yang viral di internet menunjukkan seorang bayi perempuan yang dilahirkan mempunyai hidung seperti muncung babi, telinga terbentuk di bahagian lehernya dan mulut yang hampir tidak kelihatan.
BACA : Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi
Sebelum ini, video bayi yang juga didakwa tidak mempunyai rahang itu menjadi persoalan warganet dan akhirnya terjawab.
Menurut portal Daily Star, bayi perempuan itu dilahirkan di sebuah klinik swasta di Baku, ibukota Azerbaijan.
Walaupun mempunyai wajah sedemikian, organnya yang lain berfungsi dengan baik dan doktor mengatakan bahawa dia adalah bayi yang sihat.
Dalam pada itu, Ketua Obstetrik dan Ginekologi Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova memberitahu ibu bayi tersebut seharusnya dimaklumkan mengenai perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilannya
Tujuannya supaya dapat memilih untuk menamatkan kehamilan dalam situasi seperti itu.
Oleh yang demikian, Sevyndzh mendedahkan keluarga bayi tersebut boleh membuat laporan terhadap pakar ginekologi dan ultrabunyi kerana perbuatan gagal mengenalpasti kecacatan itu adalah jenayah.
Untuk tonton video bayi mempunyai hidung babi, sila klik pautan ini.
Guna Bahan Vegetarian Tapi Cupcakes ‘Mandul Babi’ Buat Netizen Jadi Bingung
Leave a Reply