Curi Kondom Dipakai Jutawan Muda, Wanita Berjaya Hamil Menang RM8 Juta Bakal Disaman

Seorang wanita yang merupakan bekas pekerja hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat menang kes pembiayaan anak terhadap seorang jutawan berusia 28 tahun yang tidak pernah ditidurinya.

BACA : Kondom Perisa Rendang Kini Di Pasaran Malaysia, Lebih Hebat Dari Kondom Perisa Nasi Lemak?

Wanita yang dikenali sebagai Jane dikatakan mencuri kondom yang telah dipakai oleh jutawan muda itu dari tong sampah bilik hotel lelaki tersebut.

Selepas mencuri kondom tersebut, wanita itu memasukkan air mani dari kondom terbabit ke dalam kemaluannya dan dia berjaya hamil seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Apa yang pelik, ketika perbicaraan, Jane mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan lelaki tersebut dan mendakwa menghamilkan dirinya dengan menggunakan sperma pada kondom yang dicurinya itu selepas melihat bank statement lelaki itu.

“Dia tinggalkan bank statement pada lampu bilik dalam hotelnya ketika saya sedang membuat pembersihan. Pada masa itu saya sangat mahukan anak, saya rasa lebih baik kalau saya ada anak kepada seorang lelaki kaya.” – Jane.

Selepas Ujian DNA dibuat dan jutawa muda itu disahkan sebagai bapa kepada budak lelaki tersebut, mahkamah mengarahkannya untuk membayar kepada Jane sebanyak USD2 juta (RM8,286,800) untuk menampung perbelanjaan 3 tahun lalu.

Dalam pada itu, Jane difahamkan telah berhenti kerja sebagai pencuci hotel dan memulakan perniagaan menggunakan wang pampasan terbabit, memetik portal The Breaking Times.

Bagaimana pun, peguam jutawan mudai tu dilaporkan merancang untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas Jane kerana telah mencuri bendalir badan kliennnya dan mencabul privasi anak guamnya itu.

Kondom Perisa Rendang Kini Di Pasaran Malaysia, Lebih Hebat Dari Kondom Perisa Nasi Lemak?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*