Seorang doktor berang dan membelasah teruk kekasihnya apabila kekasihnya menolak untuk melakukan hubungan seks dengannya.
BACA : Kantoi ‘Main’ Dengan Isteri Orang, Doktor Dibelasah Di Klinik Oleh Suami Skandal
Suspek yang dikenali sebagai Clarence Teo Shun Jie, 35 tahun, turut didakwa menyebabkan keretakan wajah dan juga jari kelingking kiri teman wanitanya, Rachel Lim En Hui.
Teo didakwa melakukan perbuatan terhadap Rachel di sebuah pangsapuri di Singapura antara pukul 2 pagi dan 4.12 pagi pada 27 Ogos 2017 selepas mengurung Lim di dalam bilik tidur bagi menghalangnya keluar rumah pagi itu.
Teo juga berhadapan tiga dakwaan serangan yang lain tetapi ditangguhkan buat masa ini dan akan dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Teo didakwa melakukan tiga kesalahan itu pada 12 dan 30 Mac 2017 dan pasangan itu kini sudah berpisah.
Lim mendedahkan kepada polis bahawa Teo sebenarnya kaki botol dan didiagnosis dengan gangguan penyalahgunaan zat.
Sumber : The Star Online
Leave a Reply