Sebuah rakaman video memaparkan seorang rider Grabfood dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai berbangsa India viral di media sosial Twitter akhirnya terjawab.
BACA : Penyamun ‘Grabfood Rider’ Mengaku Tidak Bersalah, Ikat Jamin RM6,000 & Seorang Masih Bebas
Mengikut apa yang dikatakan oleh si perakam, penghantar makanan itu didakwa mencuri handphone dan jelas kelihatan lelaki terbabit dipukul dengan menggunakan tangan dan helmet, namun lelaki tersebut hanya mampu duduk dan tidak dibiarkan untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Bukan itu saja, motosikal milik lelaki tersebut juga dirosakkan oleh rakan-rakan si perakam tetapi wajah yang membelasah lelaki itu tidak kelihatan di dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu.
Banyak persoalan yang timbul dan satu lagi video rakaman perbualan audio WhatsApp abang kepada mangsa dimuat naik oleh pengguna Twitter untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut abang kepada rider Grabfood itu, kawan kepada adiknya yang terlibat dalam kemalangan dibantu oleh adiknya, namun dia pula dituduh mencuri dan tidak sempat melarikan diri kerana dikepung sekumpulan lelaki tersebut.
Dalam perbualan WhatsApp itu juga, abang kepada mangsa itu turut menjelaskan mangsa ditemui pengsan oleh adiknya yang lagi seorang di tepi Highway Kesas (lokasi kejadian) dan mendakwa akan ‘repeat’ untuk menyelesaikan masalah itu selepas adiknya sihat.
Seorang lagi netizen mendakwa, kejadian itu berlaku selepas sekumpulan lelaki India tersebut terlibat dalam kemalangan dengan rakan kepada rider Grabfood tersebut dan dia berhenti di kawasan kemalangan untuk membantu mencari handphone.
Tujuannya untuk memulangkannya semula handphone yang dibuang secara tidak sengaja oleh salah seorang daripada mereka kepada sekumpulan lelaki itu, tetapi disangka mahu mencuri telefon tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada laporan polis ataupun berita rasmi mengenai kejadian ini.
Video rider Grabfood dibelasah sekumpulan lelaki India
— pablo a$hcobar (@thatsiameseguy) October 27, 2019
Video perbualan penjelasan abang kepada mangsa pukul
— pablo a$hcobar (@thatsiameseguy) October 27, 2019
Leave a Reply