Bunuh Rakan Kerana Masak Tak Sedap, Suspek Dijatuhkan Hukuman Gantung

Gara-gara masakan yang disediakan oleh rakan tidak bersih dan tidak sedap, seorang lelaki berusia 37 tahun dihukum gantung selepas didapati bersalah membunuh rakannya itu padad dua tahun lalu.

BACA : Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion

Mohamad Rosli Naqur Gani kelihatan tenang selepas dijatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi Temerloh, hari ini selepas 14 saksi dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang tempoh perbicaraan.

Menurut dakwaan, Rosli didakwa membunuh rakan serumahnya, R Devadas, 60 tahun, di rumah tidak bernombor di Chuan Leng Rubber Estate, Belengu Halt, Mentakab pada 17 April 2017 antara jam 1.50 pagi hingga 11.20 pagi.

Punca kejadian bermula apabila Rosli menegur Devadas memasak secara tidak bersih dan tidak sedap. Rosli berang terus memukul rakannya itu pada waktu petang dan malam menggunakan bongkah kayu dan sabit sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah dan mengalami pendarahan.

“Tertuduh baru tiga minggu bekerja sebagai pekerja ladang di estet berkenaan sebelum kejadian dengan pendapatan RM30 sehari.

“Tertuduh sudah menyesal dengan perbuatannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa,” – Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How.

Menurut Chin How,  perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dikenakan kepada Rosli.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*