Facebook Suspek Kerat 8 Diserang Netizen, Adik Suspek Mohon Henti Kecaman

Sebentar tadi, kami ada mengemaskini laporan mengenai penemuan dua kepala mangsa yang ditemui telah disahkan oleh keluarga mangsa dan pihak polis.

BACA : Sah! Kepala Dua Beranak Mati Dikerat Ditemui Di Siling Rumah Mangsa Sendiri

Lain pula cerita di media sosial Facebook apabila, akaun Facebook suspek bunuh isteri dan anak tirinya itu diserang oleh netizen yang bengang dan marah dengan tindakan suspek membunuh dan memotong bahagian mangsa kepada 8 bahagian.

Tidak mahu berdiam diri melihat suspek dikecam teruk oleh netizen, seorang pengguna Facebook yang didakwa sebagai adik suspek tampil dan mendakwa kejadian itu sudah ‘tertulis dalam perjalanan hidup suspek’.

Individu itu juga menjelaskan supaya berhenti memberi kecaman dan meninggalkan komen negatif kerana orang ramai tiada hak untuk menentukan sama ada suspek betul atau salah.

Namun, komen individu terbabit mengundang kemarahan dan diselar oleh netizen dengan mengatakan perbuatan suspek sememangnya tidak dapat dimaafkan.

Sumber : SiakapKeli

Sah! Kepala Dua Beranak Mati Dikerat Ditemui Di Siling Rumah Mangsa Sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*