Seorang wanita yang merupakan janda muda berusia 22 tahun berasal dari Timbau Tenggarong, Indonesia ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Janda muda yang dikenali sebagai NS itu dilihat sedang melakukan hubungan intim bersama 8 orang lelaki di tepi surau sekitar Jalan Stadion Tenggarong, pada 29 September lepas jam 8.00 pagi.
“Saya mengekori perempuan ini bersama ramai lelaki. Saya melihat ada 2 perempuan tadi, tetapi cuma yang ditahan seorang sahaja,” jelas pengawal keselamatan Kantor Radio, Niko kepada Tribunkaltim.Co.
Menurut pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Niko, pada mulanya dia menghampiri seorang lelaki yang duduk di atas motosikal dan dipercayai menjaga keadaan lokasi tempat mereka melakukan maksiat itu.
Apabila Niko mendekati, lelaki terbabit terus melarikan diri dengan motosikal menyebabkan Niko curiga dan terus meninjau keadaan kawasan tersebut.
Niko tidak menyangka apabila melihat 8 orang lelaki dan seorang wanita sedang melakukan perkara yang tidak senonoh itu.
Terkejut dengan kehadiran Niko, kesemua lelaki itu lari menggunakan motosikal masing-masing dan meninggalkan NS seorang diri.
“Saya dipaksa oleh 8 lelaki. Saya tidak berjaya melawan kerana diugut” – jelas NS kepada Tribunkaltim. Co.
Menurut NS, janda anak satu itu hanya datang ke lokasi Car Free Day (CFD), tetapi bertemu dengan sekumpulan lelaki itu.
“Saya membonceng dengan dua lelaki, saya duduk di tengah,” – kata NS lagi.
Janda muda yang mengenakan baju rona merah hati dan seluar jeans ketat itu mengaku bajunya turut ditarik-tarik oleh mereka.
Bagaimanapun, polis yang datang ke lokasi tidak menjumpai kesan koyak pada baju wanita terbabit dan secara tiba-tiba dia menunjukkan bekas suntikan pada lengannya serta mengaku dia seorang penagih dadah.
NS juga mendesak agar pihak polis menangkap kesemua lelaki terbabit dan semasa pengawal keselamatan mengambil gambar, NS membuat aksi seperti model serta menunjukkan dua jari.
Leave a Reply