Gadis Ini Masih Belum Puas Hati Saiz Bibir, Walaupun Dah Jalani 15 Prosedur

Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun masih belum berpuas hati dengan saiz bibirnya yang tebal walaupun sudah menjalani 15 prosedur.

BACA : Budak Kepala Teleng Tuntut Janji Menteri Biayai Kos Pembedahan

Andrea Emilova Ivanova yang berasal dari Bulgaria itu mendakwa menyuntik asid hyaluronik ke bibirnya dalam usaha menjadi pemilik bibir paling tebal di dunia.

Impiannya dari kecil untuk menjadi pemilik bibir paling tebal di dunia menyebabkan dia mengunjungi beberapa klinik estetik di ibu negara untuk mencantikkan bibirnya itu.

“Saya suka dengan saiz bibir saya sekarang. Saya rasa gembira kerana dengan bibir tebal saya kelihatan lebih cantik.

“Di Bulgaria bibir tebal kini menjadi satu trend,” – jelas Andrea kepada Metro.co.uk

Setiap kali rawatan untuk bibirnya, Andrea yang merupakan pelajar di Universiti Sofia St. Kliment Ohridski membayar sekitar 135 pound sterling (RM703).

Dia juga sering berkongsi gambar selfie terbaharunya di Instagram dan walaupun dia dikecam ramai, Andrea pernah mendapat lamaran lelaki dari Timur Tengah, Argentina dan Australia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*