“Kedai Mamak Tidak Perlu Memohon Sijil Halal” – Presiden PRESMA

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Ayoob Khan Muhamad Yakub sekali lagi menegaskan bahawa kedai mamak di seluruh negara ini tidak perlu beroperasi dengan sijil halal Malaysia.

BACA : Ayam Berulat Di Kedai Mamak, Pengurus Salahkan Pelanggan Pilih Ayam Berulat

Menurut Ayoob Khan, pemilik kedai mamak pastinya orang Islam dan tentunya penyediaan makanan di premis makanan tersebut mengikut syarak.

Malah, PRESMA sudah berulang kali berbincang dengan Jabatan Agama Islam dan sudah diputuskan bahawa tiada keperluan untuk pemohonan sijil halal oleh pemilik premis mamak.

“Orang Islam tidak perlu membuat pemohonan sijil halal. Orang Mamak tidak mungkin perlu beroperasi dengan sijil halal.

“Kami sudah banyak kali berbincang dengan Jabatan Agama Islam tetapi mungkin jabatan di Pahang mempunyai sedikit kelainan.

“Tetapi pengusaha kedai mamak sudah lama berniaga di Pahang dan tiada keperluan untuk memohon sijil halal,” – jelas Ayoob Khan kepada Astro Awani Jumaat lalu.

Perkara ini timbul apabila Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz menjelaskan pemilikan sijil halal di kedai mamak adalah penting untuk memastikan kualiti penyediaan makanan dan kandungan dalam makanan yang digunakan adalah selamat, bersih dan berlandaskan syarak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*