“Patik Sedia Menghadap Tuanku…” – Pemuda Biadap Dengan Institusi Diraja Di Twitter Mohon Maaf

Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikenali dengan nama @cheminahsayang selepas beberapa individu seolah-olah mempersendakan Tuanku Permaisuri di media sosial itu.

BACA : Zikri Armstrong Mengaku Tidak Bersalah Fitnah Orang Asli, Diikat Jamin RM6,000

Bagaimana pun, rata-rata netizen sedih dengan keputusan Tuanku Permaisuri meninggalkan laman tersebut memandangkan ianya salah satu untuk rakyat jelata berinteraksi dengan Tuanku Permaisuri.

Menyedari semua perkara berpunca daripada satu Tweet yang biadap terhadap Tuanku Permaisuri, seorang pengguna Twitter, Firdaus Asraf didakwa memulakan semua agenda ini tampil memohon maaf secara rasmi di laman Twitter miliknya.

Surat rasmi permohonan maaf Firdaus Asraf kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

“Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap tuanku. Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang derhaka terhadap Rajanya dan kerabat-kerabatnya,” – tulis pemuda itu di Twitter.

Malah, dia turut mengatakan dirinya bersedia untuk mengadap baginda untuk permohonan maaf sekiranya Tuanku Permaisuri berkenan untuk menerimanya.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” – kata pemuda itu lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen yang mahukan Tuanku Permaisuri membuat laporan polis terhadap pengguna Twitter terbabit di atas kebiadapannya terhadap Tuanku Permaisuri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*