Susulan penyebaran gambar MyKad yang didakwa dimiliki oleh warga China di Pulau Pinang, ianya membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi sekaligus membongkar aktiviti penjualan MyKad.
BACA : KPDNHEP ‘Mengganas’, 1,128 Peket Gula-gula ‘Ghost Smoke’ Berjaya Dirampas
Memetik Harian Metro, sumber mendedahkan antara yang ditahan termasuk pegawai jabatan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad sah mahu membuat pasport Malaysia.
Sebelum ini, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke JIM negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang sah, namun status kewarganegaraannya diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.
“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,” – Sumber.
Bagaimanapun, MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu dan satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.
Hasil siasatan polis sehingga hari ini kumpulan itu sudah menjual lebih enam keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu terbabit.
Leave a Reply