Tidak mahu ketiga-tiga anaknya berlapar, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam.
BACA : Curi Pati Ayam Brand’s Untuk Anak, Ibu Tunggal Dipenjara 2 Bulan
Namun, wanita yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu dibebaskan tanpa syarat hari ini.
Walaupun pihak polis sudah menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan, memetik Harian Metro.
“Disahkan (wanita yang ditahan kerana mencuri) tidak dituduh selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Wanita berkenaan akan dibebaskan tanpa syarat hari ini,” – polis.
Terdahulu, wanita itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80 dan tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis, semalam.
Leave a Reply