Ibu Pijak Bayi Yang Baru Lahir Sampai Mati

Seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, semalam, atas kesalahan membunuh anaknya yang baru dilahirkan di rumah majikannya, 22 Ogos lalu.

BACA : Ibu Tikam Bayinya Umur 3 Bulan Selepas Terdengar ‘Bisikan Syaitan’

Tiada pengakuan daripada Welmince Alunat, 38 tahun, sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof, memetik Berita Harian.

Tertuduh didakwa membunuh bayinya yang baru dilahirkan di dalam bilik mencuci dan menjemur pakaian, di Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang.

Selepas melahirkan bayinya, wanita itu terus memijak anaknya sebelum memasukkan mangsa ke dalam baldi dengan keadaan kepalanya di bawah dan kaki di atas.

Wanita itu mengaku bertindak demikian bagi menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada pengetahuan majikannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*