Gara-gara suami terlalu rajin mengemas rumah dan kerap membelikan hadiah untuknya, seorang wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuntut cerai tehadap suaminya.
BACA : Isteri Dicerai Talak Tiga Kerana ‘Chewing Gum’
Menurut laporan Khaleej Times, wanita itu memberitahu mahmakah syarah di Fujairah bahawa, suami dia tidak pernah bertelagah atau berkasar terhadapnya dan melayaninya sangat baik.
Menurut wanita itu, walaupun hidupnya dilayan dengan penuh kasih sayang, dia menganggap hidupnya seperti neraka kerana suaminya terlalu rasa cinta dan kasih sayang terhadapnya terlalu tinggi, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menuntut cerai.
“Saya tersedak dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah walaupun saya tidak meminta dia untuk berbuat demikian,” – jelas wanita itu.
Pernah si isteri mengadu mengenai berat badan suaminya naik, lelaki itu terus berdiet dan bersenam sehingga menyebabkan dia mengalami patah kaki semasa bersenam semata-mata untuk menurunkan berat badan.
“Saya teringin hubungan ini seperti pasangan lain yang adakalanya bergaduh, tetapi ianya mustahil kerana suami saya terlalu romantis dan selalu memaafkan saya serta memberi saya hadiah setiap hari,” – kata si isteri.
Manakala si suami pula meminta mahkamah menolak permohonan isterinya yang menuntut perceraian darinya dan mengatakan tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama dan semua orang belajar dari kesilapan mereka.
Mahkamah memerintahkan kes itu ditangguhkan dan memberi ruang untuk pasangan itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah.
Sumber : Daily Mail
Leave a Reply