Ayam Berulat Di Kedai Mamak, Pengurus Salahkan Pelanggan Pilih Ayam Berulat

Isu makanan yang berulat di Malaysia ni selalu kita dengar, dan baru-baru ini seorang pelanggan loya tekak selepas menjumpai ulat dalam ayam goreng yang mereka makan di kedai mamak, Restoran Madina yang terletak di Sabak Bernam.

BACA : Restoran Asam Pedas Popular Di Melaka Penuh Ulat Diarah Tutup

Kisah yang terjadi malam tadi apabila wanita yang dikenali sebagai Chris memberitahu dia menjamu selera bersama suaminya dan dua lagi rakannya pada jam 11 malam sebelum melihat ulat di bahagian tulang ayam goreng itu.

“Ketika kami bersembang, tiba-tiba tekak saya loya selepas ternampak banyak ulat hidup keluar dari tulang ayam yang baru dijamah,” – Chris.

Menurut Chris, dia kemudiannya memanggil pengurus restoran, namun jawapan diterima tidak memuaskan hati apabila dia tidak mahu mengakui kesilapan menghidangkan ayam berulat kepada pelanggan.

Isu ayam berulat itu mula viral apabila Facebook I Love Sungai Besar memuat naik semula posting terbabit

“Pengurus mengarahkan pelayan restoran simpan semula ayam dan apabila saya memanggilnya ke meja kami, dia (pengurus) seolah menyalahkan saya kerana memilih ayam berulat,” – Chris.

Chris menjelaskan lagi, sejurus pulang ke rumah, dia mula mengalami cirit-birit dan terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dipercayai berpunca daripada makanan tercemar.

Restoran Madina yang menghidangkan ayam goreng berulat kepada Chris

Chris juga telah menghantar surat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan meminta mereka melakukan pemeriksaan dan pemantauan di restoran berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

1 Trackback / Pingback

  1. "Kedai Mamak Tidak Perlu Memohon Sijil Halal" - Presiden PRESMA - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*