Seorang pemuda di Kalimantan Barat mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dua wanita yang dicintainya itu serentak dalam satu majlis baru-baru ini kerana tidak sampai hati mengecewakan dua kekasihnya dan melihat mereka berdua bersedih.
BACA : Sedar Wajah Kekasih Berbeza Dengan Gambar Di Facebook, Lelaki Batal Kahwin Saat Akhir
Menurut laporan @makassar_iinfo, pernikahan lelaki itu dengan wanita berkenaan berlansung di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat dengan mas kahwin masing-masing berjumlah Rp10,000 (RM2.90).
Majlis berkenaan dihadiri keluarga ketiga-tiga mempelai yang dilaporkan merestui hubungan berkenaan.
“Saya tidak sampai hati melihat ada yang terluka. Maka saya memutuskan untuk mengahwini mereka sekali gus,” kata pengantin lelaki itu.
Video pernikahan itu tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Dalam video majlis perkahwinan itu memaparkan lelaki itu duduk dan diapit dua kekasihnya ketika upacara akad nikah.
Ketiga-tiga mereka juga dilihat tersenyum gembira ke arah kamera yang merakamkan detik-detik bahagia berkenaan.
Sumber : Harian Metro
Leave a Reply