Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sanggup melarikan diri dari daripada rumahnya sejauh 490 kilometer, semata-mata untuk bertemu dengan seorang janda berusia 22 tahun yang dikenali menerusi permainan online mobile game.
Menurut laporan China Press, selepas bertemu di rumah ibu tunggal yang dikenali sebagai Rika, kanak-kanak itu mengadakan hubungan intim bersama Rika.
Difahamkan, Rika juga ada memuat naik beberapa gambar dirinya tengah bermesra bersama kanak-kanak bawah umur itu di akaun media sosial miliknya.
Rika mendakwa sebelum ini dia selalu bertemu dengan lelaki yang tidak jujur dan mengkhianati kepercayaannya dan berbeza dengan kanak-kanak lelaki itu.
Tidak dinafikan Rika memiliki wajah yang cantik sangat popular ketika di zaman sekolah menengahnya, namun mengalami introvert jarang keluar dari rumah dan kerap menghabiskan masa untuk bermain video game dan hanya mempunyai beberapa orang kawan sahaja.
Sehubungan dengan itu, Rika ditahan polis dan membuat perjanjian dengan keluarga kanak-kanak lelaki itu yang dia tidak akan menghubungi kanak-kanak itu walaupun kanak-kanak itu enggan melepaskan Rika.
Mengikut undang-undang Jepun, orang dewasa yang melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan yang serius dan Rika dihantar ke institut perubatan pakar untuk diberi kaunseling dan rawatan pedofilia.
Sumber : China Press, Sina
- janda main (4)
Leave a Reply