Gara-gara memuat naik gambar pelajarnya yang sedang belajar dengan caption yang tidak senonoh, seorang pengguna Twitter menjadi perhatian netizen di Twitter.
BACA : Bayi 16 Bulan Koma Didera Secara Seksual Oleh Boyfriend Ibu
Menurut netizen, lelaki yang menggunakan akaun Twitter @puteragelap91 dipercayai seorang guru tusiyen matematik tambahan menulis “Teringin nak f*ck student sendiri” bersama gambar seorang pelajar perempyan yang baru sahaja tingkatan 4.
Netizen bengang dengan tindakan lelaki terbabit dan mendakwa mereka akan membuat laporan polis kerana dianggap seorang yang gila seks dan pedophilia memandangankan remaja perempuan itu baru berusia 16 tahun.
Jika dilihat gambar pada profil akaunnya, lelaki terbabit menutup mukanya dengan emoticon, namun netizen percaya identiti guru lelaki itu sudah pasti dapat didedahkan tidak lama lagi.
Gambar cikgu lelaki itu juga turut dimuat naik di Twitter dan wajahnya di dalam gambar tersebut turut ditutup dengan emoticon.
Namun, setelah sedar akan tindakannya diketahui netizen dan mendatangkan kemarahan ramai, lelaki terbabit menukar nama profilnya sebelum menutup akaun Twitternya.
Ingat lock acc boleh lari ka? https://t.co/0yIvrnMcDb pic.twitter.com/Oho8wFzLpH
— LC (@lokchg) August 17, 2019
Leave a Reply