Susulan isu seorang wanita mendakwa menghubungi talian kecemasan 999, tetapi kecewa apabila selama 45 minit selepas menghubungi meminta bantuan, polis tidak kelihatan sebaliknya polis menunggu jauh dari rumah mangsa, menyebabkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyiasat aduan tersebut.
BACA : “Call 999 Tapi…” – Keluarga Diserang Perompak Ganas, Wanita Bengang Respon Operator 999
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati anggota polis dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) yang dikejarkan ke tempat kejadian telah tiba di kawasan yang dinyatakan lebih awal daripada didakwa mangsa, namun anggota MPV memeriksa rumah yang salah.
“Polis ke hujung lorong sebelah kiri jalan sedangkan lokasi kejadian samun adalah di hujung lorong kanan di Jalan 2/6 taman berkenaan,” – jelas Datuk Huzir Mohamed kepada Sinar Harian.
Menurut Huzir, susunan nombor rumah di kawasan perumahan di Taman New Green Park, Rawang itu didapati kurang teratur berbanding perumahan lain dan dipercayai menjadi punca anggota MPV itu tersilap rumah.
“Polis kemudian sedar rumah berkenaan bukan lokasi sebenar kejadian apabila sebuah kereta lalu di sebelah MPV polis dan mangsa yang ketika itu pada jarak sekitar 500 meter melambai dan menjerit memanggil polis,” – Datuk Huzir Mohamed.
Anggota yang terlibat kini masih lagi melakukan tugas rondaan seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan lengkap JIPS.
Terdahulu, menerusi Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana polis tidak membantu keluarganya yang dirompak selepas 45 minit menghubungi talian kecemasan 999.
Malah, wanita itu turut terkilan dengan respon dari operator talian kecemasan 999 yang menyuruh dia menghubungi ‘Bilik Gerakan’.
“Call 999 Tapi…” – Keluarga Diserang Perompak Ganas, Wanita Bengang Respon Operator 999
Leave a Reply