Betul Ke Bayaran BR1M Kali Ketiga Tahun 2015 Dibayar Lebih Awal?

Ramai yang sedia maklum bahawa bayaran untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kali ketiga untuk tahun 2015 ini dibayar lebih awal iaitu hari ini, 21 September 2015 memandangkan perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 24 Setember 2015 ini.

Pengumuman mengenai pembayaran BR1M 2015 kali ketiga ini telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak melalui laman sosial Facebook miliknya pada 19 September yang lalu.

Tetapi, ramai yang kecewa kerana bayaran BR1M 2015 yang terakhir itu belum masuk ke dalam akaun bank masing-masing.

Namun ada juga sesetengah individu mendakwa yang bayaran BR1M 2015 (September) itu telah dibayar dan masuk ke dalam akaun bank, kebanyakkan yang telah masuk bayaran BR1M tersebut adalah penerima yang menggunakan bank CIMB. Anda guna bank apa? Klik di sini.

Diharap semua bersabar, diharap esok atau sebelum Hari Raya Aidiladha, sudah pasti semua sudah dibayar untuk bayaran BR1M 2015 kali ketiga.

Oh, lupa nak beritahu, semalam admin dengar berita BR1M 2016 di radio yang mengatakan jumlah bayaran BR1M 2016 adalah meningkat memandangkan matawang Malaysia yang sedikit merosot.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*