Polis yakin mayat wanita kulit putih ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini adalah Nora Anne Quoirin, yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
BACA : Adik Bungkus Mayat Abang Dalam Plastik
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor memberitahu mayat itu ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi dan menyelamat (SAR) berkenaan.
“Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.
“Mayat wanita itu ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi sebelum melaporkannya kepada polis seterusnya unit forensik bergegas ke lokasi bersama pasukan patologi dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),” – Datuk Mazlan Mansor.
Menurut Mazlan, mayat berkenaan dibawa ke HTJ menggunakan helikopter kerana kawasannya ditemui adalah lurah sedalam kira-kira 1.2 kilometer dan pihak polis akan menunggu laporan bedah siasat terlebih dahulu sebelum memberi kenyataan mengenai kecederaan yang terdapat pada mayat tersebut.
Pihak keluarga sudah dimaklumkan dan dibawa ke HTJ untuk proses pengecaman tetapi polis yakin mayat berkenaan adalah mayat Nora Anne, memetik Harian Metro.
Leave a Reply