Anak Terbelanja Lebih RM41,000 Selepas Tertekan Proceed Order Bapanya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Beijing didakawa tertekan butang proceed apliksai shopping online bapanya menyebabkan 70,000 yuan (lebih RM41,000) wang bapanya dibelanjakan membeli barangan melalui aplikasi tersebut.

BACA : Guna Duit Palsu RM100, Dua Beradik Bakal Dipenjara 20 Tahun

Menurut portal China Press, si bapa sebelum ini sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi shopping online itu dan memasukkan barangan yang diinginkan dalam ‘bakul’ supaya dapat dipilih semula semasa hendak membuat bayaran nanti.

Pembelian kesemua barangan itu termasuk cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama mahal, malah kesemua barangan itu dihantar ke rumah keluarga itu sehingga tidak cukup ditempatkan di bahagian ruang tamu.

Si bapa memuat naik gambar anak lelakinya yang duduk di depan kotak-kotak barangan yang dipesan itu selepas dimarahi akibat perbuatannya menggunakan telefon bimbit bapanya tanpa kebenaran.

Manakala si isteri pula gembira tak terkata apabila melihat banyak hadiah yang dibelikan untuknya. Tetapi si isteri meminta suaminya memulangkan semua barangan itu selepas mengetahui perkara sebenar.

Namun, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyimpan sebahagian barangan tersebut sebagai hadiah kepada isteri dan anaknya, manakala yang selebihnya dipulangkan.

Atas kesalahan yang dilakukan oleh anaknya itu, dia dihukum menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali.

Guna Duit Palsu RM100, Dua Beradik Bakal Dipenjara 20 Tahun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*