Insiden kemalangan yang berakhir dengan kematian arwah Syed Muhammad Danial Syed Syakir, polis masih memerlukan bukti dan saksi untuk menyelesaikan kes ini.
Selepas tular video selepas mangsa dipercayai dilanggar oleh suspek, Yew Wei Liang yang menaiki Toyota Innova, dua lagi video berkaitan insiden kemalangan jalan raya di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) itu dikongsi oleh netizen di media sosial.
BACA : Rempuh Mangsa Hingga Maut, Suspek & Isteri Direman 7 Hari
Video pertama yang dikongsi berdurasi 29 saat itu menunjukkan situasi di mana kereta Perodua Axia yang dipandu arwah Syed Muhammad Danial dilihat berhenti di tepi lorong paling kanan lebuh raya, manakala kereta suspek berada di belakang kereta mangsa.
Terdapat tiga lelaki dalam video itu termasuk Syed Muhammad Danial, suspek dan seorang lelaki lain dipercayai membantu meleraikan pergaduhan tersebut.
Dalam video itu, Syed Muhammad Danial dilihat membuka pintu tempat pemandu keretanya kemudian membuka pintu bonet serta kelihatan interaksi antara ketiga-tiga mereka.
Video kedua yang tular berdurasi enam saat dimuat naik pengguna media sosial Cik RosHani di Facebook’nya.
Menurutnya, ketika memuat naik video itu, dia baharu mengetahui tentang kematian mangsa yang dirakamnya serta mengucapkan takziah dan turut menyatakan keinginannya agar video itu tidak dimanipulasi.
Sumber : Astro Awani
Video sebelum Insiden Kemalangan Arwah Syed Danial
“Digilis Berulang Kali” – Lelaki Maut Dilanggar Selepas Kemalangan Kecil
Leave a Reply