Susulan kes samun seorang lelaki yang merupakan penghantar makanan Grabfood tempoh hari, suspek seorang lelaki berjaya dikesan dan ditahan pihak polis.
Menurut rakan mangsa, Zul Arif menerusi laman Facebook mendedahkan salah seorang daripada suspek samun itu telah dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut.
“Seorang dah kena angkut pergi balai.. Tinggal lagi seorang.. Yang tahu info.. Boleh direct call balai berdekatan..
*yang mana kata info tak sahih, muka owner mcm di viral adalah salah seorang mangsa samun tu, sudah2 la backup pelaku.. Bukti dah cukup lengkap.. TERIMA KASIH MEMBANTU..” – tulis Zul Arif di Facebook
Manakala, seorang lagi suspek samun masih bebas dan belum dapat dikesan.
Selain itu, Zul menasihati kepada yang menyokong kenyataan bahawa suspek juga menjadi mangsa samun agar berhenti berbuat demikian.
Zul juga turut mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dan yang menyalurkan info sehingga tertangkap si penyamun tarbus itu!
Leave a Reply