Viral sebuah rakaman video seorang lelaki yang merupakan penghantar makanan Grabfood disamun oleh dua lelaki di kawasan Seksyen 17 PJ berhampiran dengan Eastin Hotel, Damansara.
Video berdurasi 1 minit 37 saat itu memaparkan detik cemas mangsa dipukul dan dibelasah sebelum dua lelaki terbabit cuba merampas dan melarikan motosikal milik mangsa.
Namun, mangsa yang berhati kental itu melawan dan mempertahankan motosikal jenis Yamaha Y15ZR milinya itu daripada dicuri dua lelaki bedebah itu.
Siapa sangka, dalam pergelutan itu, salah seorang penyamun terjatuh telefon bimbitnya di kawasan samun dan menyebabkan mangsa berjaya mendapatkan gambar pemilik telefon bimbit dan mangsa mengesahkan serta cam wajah penyamun tersebut.
Menerusi laman Facebook rakan mangsa yang dikenali sebagai Zul Arif, dia berkongsi video mangsa dibelasah sebelum disamun dan gambar suspek bersama isteri dan anaknya.
“Tolong viralkan kat group², member kena samun. *Kena samun Area seksyen 17 pj.. Siapa tahu pasal info budak nie PM aku. Jgn risau. Identiti korang kita orang rahsiakan,”
Penyamun zaman sekarang banyak bodoh².. Nak samun biar dapat hasil, nie hasil tak dapat, nama pun naik kat balai.. Kesian boss..
Kau nak samun orang, handphone jangan tinggal, bawa balik sekali Siapa yang samun sapa?? Hahaha.. Muka ada cukup lengkap.. Apa2 boleh terus pm saya.. Terima kasih yang membantu..” – tulis Zul di Facebook.
Zul turut meminta rakan di Facebook berkongsi posting tersebut dan meminta bantuan sesiapa yang mempunyai info lelaki yang di dalam gambar tersebut supaya menghubunginya.
Gambar penyamun lelaki Grabfood di kawasan Seksyen 17 PJ
Kepada penyamun yang tak bernasib baik tu, baik serah diri awal-awal ke balai polis sebelum anda menjadi ‘lauk kenduri’, heh!
Video samun berhampiran Eastin Hotel Damansara
Polis sahkan telefon bimbit milik suspek samun
Leave a Reply