“Jangan Campak! Ada Bom Di Dalam!” – Kotak Berunsur Ugutan Diletupkan, Rupa-rupanya…

Gempar di ruangan kargo Lapangan Terbang Miri, Sarawak semalam apabila pekerja di situ mendakwa menjumpai kotak misteri yang mengandungi bom.

BACA : Vape Meletup Dalam Poket, Paha Lelaki Ini Melecur Teruk

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah meberitahu kepada Harian Metro, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.20 malam daripada polis lapangan terbang berhubung penemuan kotak yang didakwa berisi bom itu.

Menurut Lim, sepasukan anggota dari Unit Bom Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kemudian dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik tiba, pihak kami ditunjukkan bungkusan kotak dengan tulisan ‘Jangan Campak, Ada Bom Di Dalam’.

“Kotak itu diletupkan demi keselamatan namun pemeriksaan mendapati ia mengandungi alat ganti motosikal sahaja,” – Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah.

Anggota unit bom terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletupkan kotak tersebut dan rupa-rupanya di dalam kotak itu hanyalah alat gantian motosikal sahaja.

Lim menegaskan kepada orang ramai supaya jangan menulis perkataan berunsur ugutan terutama pada bungkusan yang dihantar melalui penerbangan dan syyarikat penerbangan juga perlu meningkatkan tahap pemeriksaan keselamatan terhadap semua bungkusan yang dihantar melalui perkhidmatan kargo udara.

Tak pasal-pasal pengirim kotak alatan gantian motosikal terbait akan didakwa kerana kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Heh!

Bekas Tempoyak Meletup, Habis Satu Rumah Bau Masam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*