Seorang budak lelaki berusia 7 tahun terpaksa menanggung derita apabila mukanya di sebelah kanan membengkak akibat daripada 526 batang gigi yang tumbuh pada gusi bahagian bawah sebelah kanan.
BACA : Gigi Susu Tumbuh Dalam Buah Zakar, Doktor Terpaksa Bedah Segera
Melihat keadaan mangsa yang semakin membimbangkan, ibu bapa kanak-kanak terbabit membawa mereka ke hospital Chennai, India untuk mendapatkan rawatan.
Selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor, pembedahan yang dijalankan lima pakar bedah dan tujuh ahli patologi untuk mengeluarkan gigi berkenaan mengambil masa selama kira-kira lima jam.
Menurut Dr Pratibha Ramani, pada mulanya pembedahan ditetapkan untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar empat kali tiga sentimeter pada gusi berkenaan.
Bagaimanapun, selepas ia dikeluarkan, pakar bedah mengesan adanya gigi di kawasan sama menyebabkan pembedahan mengeluarkan gigi diteruskan.
“Sejak berusia tiga tahun keadaan gusinya yang membengkak dikesan, bagaimanapun ia agak sukar kerana usianya ketika itu.
“Selepas empat tahun baru dapat memujuknya untuk menjalani pembedahan apabila bahagian sama membengkak,” – Ketua Jabatan Pergigikan dan Patologi Maksilofasial di Kolej Pergigian Saveetha, Dr Pratibha Ramani.
Menurut portal Indian Express, ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia yang melibatkan sejumlah besar gigi ditemui dan dikeluarkan di kawasan yang sama.
Pembedahan tersebut menelan kos sebanyak Rs 75,000 (RM4,480) ke Rs 1 lakh (RM6,000) telah dijalankan secara percuma apabila ia dibiayai kerajaan Tamil Nadu.
Gigi Susu Tumbuh Dalam Buah Zakar, Doktor Terpaksa Bedah Segera
Leave a Reply