Masuk Ke Sangkar Ular, ‘Raja Ular Perlis’ Parah Dipatuk Tedung Selar

‘Raja Ular Perlis’ yang juga kakitangan Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Kangar, parah akibat dipatuk oleh ular jenis tedung selar ketika memberi makan kepada reptilia itu di tempat kerjanya petang semalam.

BACA : Anak Lelaki ‘Crocodile Hunter’ Teruskan Legasi, Buat Aksi Sama Selepas 15 Tahun

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Alias, berusia 26 tahun itu diserang reptilia berbisa itu di bahagian atas lutut kiri dan kini sedang menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Pemangku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Ariffin Baharom memberitahu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu melalui kakitangannya sejurus Hafiz diserang ular.

“Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kemalangan ini dan difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika dia masuk ke sangkar untuk memberi makan kepada ular mengikut jadual.

“Sejurus dipatuk, dia memaklumkan kepada rakan sekerjanya sebelum dihantar ke HTF petang semalam dengan menaiki kenderaan syarikat.

“Sejurus sampai di unit kecemasan, dia pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga dimasukkan ke dalam wad,” – Ariffin Baharom.

Menurut Ariffin, dia sudah melawat Hafiz sejak malam tadi dan perkembangannya dilihat semakin positif apabila menunjukkan sedikit pergerakan berbanding semalam langsung tidak bergerak.

Ariffin menjelaskan kejadian tersebut adalah kali kedua menimpa Hafiz dan menyarankan pihak di luar sana tidak terlalu ghairah bermain dengan ular sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai reptilia itu.

Sumber : Harian Metro

Blogger Ditemui Mati Selepas Buat ‘Live Video’ Makan Lipan & Cicak Tokek

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*