Johor Paling Tinggi Kes Buang Bayi, 13 Kes Mengatasi Semua Negeri

Johor mengatasi semua negeri apabila merekodkan 13 kes daripada 65 kes buang bayi setakat Mei lalu dan ini telah didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Menurut Hannah, Selangor merekodkan 11 kes dan diikuti Kedah sebanyak 5 kes pembuangan bayi dan ini adalah satu angka besar yang perlu dikurangkan.

Hannah turut menjelaskan statistik menunjukkan sebanyak 697 kes pembuangan bayi berlaku di seluruh negara.

“Ini adalah satu jumlah yang besar dan daripada 697 kes, 64 peratus atau 446 bayi ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan ini amat merugikan negara.

“Tempat pembuangan bayi paling banyak adalah di kawasan kediaman diikuti tandas awan dan tempat pembuangan sampah,” – Hannah Yeoh.

Hannah juga berharap semua pihak terutama keluarga dan masyarakat dapat memberi sokongan kepada remaja yang hamil anak luar nikah dan bukannya meminggirkan mereka.

Sumber : Berita Harian

1 Trackback / Pingback

  1. "Ini Bukan Anak Haram" - Ibu Buang Bayi Sebab Takut Dijual Suami - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*