Seorang lelaki yang berusia 56 tahun menahan kesakitan selepas bekas isterinya memotong zakarnya sebelum merendam ke dalam asid seterusnya dibuang ke dalam mangkuk tandas dan flush.
Menurut polis, Lee, 58 tahun yang berasal dari Taiwan itu secara ganas menyerang bekas suaminya kerana untuk membalas dendam kerana curang dengan mempunyai hubungan sulit bersama wanita lain semasa mereka masih berkahwin.
BACA : Berang Isteri Curang, Suami Potong & Bawa Lari Kemaluan Kekasih Isteri
Selepas mengetahui dia ditipu, Lee menggunakan sepasang gunting yang tajam untuk memotong alat kelamin bekas suaminya yang dikenali sebagai Chen dan hanya meninggalkan (batang) sepanjang 1 cm sahaja.
“Jika saya tidak dapat memilikinya, tidak akan ada orang lain yang dapat memilikinya” – jelas Lee kepada polis semasa siasatan.
Selepas Lee memotong zakar bekas suaminya itu, dia cuba untuk membunuh diri dengan mengambil pil tidur yang banyak.
Kejadian itu terjadi di rumah pasangan itu di kota Hukou, di barat laut Taiwan pada 24 Julai lalu dan pihak polis Xinhu menerima panggilan telefon daripada Chen yang menjerit kesakitan sekitar 8.50 malam.
Risau dengan bekas isterinya bertindak lebih ganas, Chen telah mengunci dirinya di dalam tandas untuk keselamatan, tambah mereka.
Chen, 58 tahun dibawa ke hospital oleh pihak penyelamat
Menurut laporan, pasangan itu bercerai kurang dari sebulan yang lalu tetapi suspek masih menyara hidup Chen kerana dia telah menganggur selama dua tahun.
Pada mulanya, Lee merayu mengadakan hubungan seks dengan Chen, sebaik sahaja Chen melondehkan seluar, Lee terus memotong alat sulit bekas suaminya itu dengan menggunakan gunting tajam.
Semasa pihak polis sampai ke tempat kejadian, polis dapati Lee tidak sedarikan diri yang dipercayai makan pil tidur dengan kuantiti yang banyak.
Manakala Chen dalam keadaan stabil di National Taiwan University Hospital Zhudong Branch dan menurut doktor, mereka tidak akan dapat menyambung zakarnya semula walaupun pihak polis menjumpai zakar Chen yang telah dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Sumber : The Sun
Kepala Zakar Terpotong Semasa Berkhatan, Remaja Dapat Pampasan RM150,000
Leave a Reply