Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri

Seorang remaja perempuan berang dan bertindak menetak ibunya apabila ibunya menyuruh dia mencari kerja semasa cuti semester supaya dapat menambah wang perbelanjaannya apabila bersekolah semula nanti.

BACA : Bunuh & Bungkus Abang Dalam Plastik, Suspek & Teman Lelaki Direman 6 Hari

Wanita bernama Yan, berasal dari Tai Chung, Taiwan turut membantu anaknya mencari kerja tetapi malangnya, anaknya pula enggan menuruti kemahuan ibunya dan berang lalu berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Julai lalu, remaja berusia 15 tahun itu gagal mengawal kemarahannya lalu mengambil pisau pemotong buah dan terus menetak ibunya.

Bimbang dengan keselamatan diri, Yan segera keluar dari rumah untuk meminta bantuan dari sebuah bengkel motosikal.

Namun, pemilik bengkel itu pula terpaksa bergelut dengan remaja terbabit untuk merampas pisau tersebut sebelum menghubungi polis.

Mangsa mengalami pendarahan teruk apabila cedera di bahagian kiri badannya termasuk belakang leher, bahu, siku dan punggung, tetapi masih mampu bertahan lalu dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Luka tetakkan itu juga agak dalam sehingga menampakkan bahagian tulang dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Manakala anaknya pula ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh di Mahkamah Juvana.

Sumber : ET Today

Enggan Rujuk Semula, Lelaki Tikam Muka Bekas Isteri Guna ‘Screwdriver’

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) Pelanggan Lain Dedah Cerita Sebenar Pekerja Ninso Mengamuk Baling Papan Tanda 'Close' Pada Perakam
  2. Ditetak Jiran Mental, Ketua Polis Daerah Besut Putus Jari Tangan & Cedera Di Kepala - HOIVIRAL
  3. (Video) Bosan Dengan Ibu, Gadis Bunuh & Kerat Mayat Ibunya Sebelum Buang Dalam Tong Sampah
  4. Berang TV Ditutup, Lelaki Ugut Bunuh Ibu & Bapanya - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*