Dikritik Ciplak & ‘Tagline’ Merapu, Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Tak Akan Ditukar

Walaupun reka bentuk dikritik hebat oleh pelbagai pihak sejak dilancarkan, logo Tahun Melawat Malaysia 2020 tetap  tidak akan ditukar yang lain.

Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi menjelaskan logo yang dipilih dan dilancarkan adalah hasil pemegang ijazah rekaan grafik kelas pertama.

“Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri.

“Hanya orang yang tidak pandai lukis akan meniru,” – Datuk Mohammadin Ketapi

Sebelum ini, Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan dua hari lepas mendapat kritikan hebat daripada netizen di media sosial termasuklah Twitter Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bukan saja reka bentuk logo tersebut sahaja dikritik, malah penggunaan bahasa Inggeris turut didakawa salah.

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 baru (kanan) & lama (kiri)

Bagaimanapun, Mohammadin memberitahu penggunaan bahasa Inggeris dalam logo itu betul tetapi orang yang tidak mendalami bahasa itu akan menganggapnya salah.

Sumber : Berita Harian

Budak Kepala Teleng Tuntut Janji Menteri Biayai Kos Pembedahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*