Isteri Ditahan Polis, Genggam Kemaluan Suami Tanpa Kebenaran

Seorang wanita yang berniat untuk bermanja dengan suaminya ditahan polis apabila didakwa menggenggam kemaluan suaminya dengan begitu kuat sehingga menyebabkan suaminya senak dan menghadapi masalah sukar untuk berjalan.

Anastacia Tasch, 44 tahun didakwa melakukan perbuatan kurang baik dan
keganasan domestik dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di rumah mereka di Tampa.

Menurut mangsa, isternya menggenggam kemaluannya ketika dia sedang tidur di sofa sekitar jam 5.30 pagi secara mengenjut tanpa kebenarannya.

“Tanpa provokasi atau keizinan, Tasch datang dan terus menggenggam kemaluan suaminya,

Dia melakukan perkara terbabit supaya suaminya terangsang untuk melakukan hubungan seks,” – Sumber.

Bengang dengan tindakan isterinya, mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan 999 dan Tasch mengakui berbuat demikian tanpa kebenaran suaminya.

Menurut Tasch, dia menggenggam kemaluan suaminya kerana dia cuba untuk merangsang lelaki itu sebelum melakukan hubungan intim.

Sumber : The Smoking Gun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*