Ibu Buat Laporan Polis, Anak Dibelasah Selepas Kantoi Ceroboh Kedai Runcit

Berang dan tidak puas hati atas tindakan pemilik kedai runcit dan dua lelaki membelasah anaknya selepas dicekup ketika menceroboh kedai runcit, seorang wanita membuat laporan polis.

Anak wanita itu yang berusia 13 tahun dibelasah tiga lelaki selepas dia dicekup ketika menceroboh masuk kedai runcit di Simpang Empat, Balik Pulau, Rabu lalu.

Remaja yang sudah dibuang sekolah itu kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau dalam keadaan tangan bergari untuk mendapatkan rawatan selepas belakang badannya berbirat dipercayai dipukul dengan paip getah.

Menurut pihak polis, dalam kejadian 4.15 pagi itu, pemilik kedai runcit itu terdengar bunyi bising di luar premis sebelum melihat remaja lelaki terbabit cuba masuk melalui bumbung kedainya.

“Pemilik kedai berjaya menahan remaja itu yang kemudian memberitahu beberapa lagi rakannya turut bersama menceroboh premis itu namun mereka sempat melarikan diri.

“Remaja itu kemudian diserahkan kepada polis dan terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan badan dipercayai akibat dipukul ketika dicekup sebelum itu,” – Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan.

Sebelum ini, remaja itu bersama lima lagi rakannya yang masih bebas pernah menceroboh kedai runcit itu dan mengambil rokok serta kad tambah nilai prabayar.

Namun, cubaan mereka untuk sekali lagi menceroboh kedai runcit yang sama gagal apabila pemiliknya menyedari perbuatan itu dan seterusnya dibelasah oleh pemilik bersama dua orang yang lain.

Disebabkan laporan polis yang dibuat oleh ibu remaja terbabit, pihak polis membuat siasatan dan mendapati remaja itu dipukul tiga lelaki dipercayai menggunakan paip getah di luar kedai runcit.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 324 KK.

Sumber : Harian Metro

Peragut Kantoi Dirakam Youtuber, Ragut Rantai Wanita Depan Sogo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*