Mungkin anda tahu mengenai seorang lelaki yang taksub dengan otot badan yang sado sehingga menyuntik minyak yang berisiko untuk tubuh badan manusia pernah mendapat perhatian ramai sebelum ini.
Kini, lelaki berasal dari Rusia itu dikenali sebagai Kirill Tereshin cukup berbangga dengan tangannya yang menyerupai karakter kartun Popeye.
Lelaki berusia 22 tahun itu turut mengakui ada membuat suntikan untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian, namun akibat tidak mematuhi cara yang betul, otot pada bahagian tangannya mula berhadapan dengan kesan buruk.
Kirill sebelum ini menyuntik sejenis minyak semata-mata untuk membesarkan otot pada bahagian tangannya namun, selepas kesan buruk tersebut, doktor telah memberi amaran bahawa tangannya mungkin perlu diptong.
Menurut laporan Daily Star, Kirill kini merayu agar dibawa ke United Kingdom (UK) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan dia turut melancarkan tabung derma bagi membiayai perjalanannya ke sana.
Leave a Reply