Biasanya kita lihat raja buah ini akan dibuat menjadi cendol durian, pizza durian dan terbaru, burger durian bersama keju mozzarella.
Burger Durian Musang King ini telah dicipta oleh pemilik Rics Burger di Pulau Pinang yang menggunakan isi durian Musang King khas daripada Pulau Pinang untuk dijadikan pengganti daging burger.
Isi durian Musang King dijadikan bentuk kepingan dan diisi dengan keju mozzarella dan sedikit mentega ditengahnya.
Isi durian tersebut dibentuk seakan-akan kepingan daging itu dicelup di dalam adunan telur dan kemudian disaluti serbuk roti beberapa kali sebelum ia digoreng.
Menu terbaru yang berasaskan durian ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan ada yang mendakwa terasa hendak muntah melihat burger durian itu.
Jika anda ingin tahu, Musang King Durian Burger ini berharga RM25.90 sebiji dan hanya didapat di Rics Burger.
Oh ya, Rics Burger ni merupakan restoran yang menyediakan makanan yang tidak halal, jadi kepada mereka yang beragama Islam, anda tidak dilarang keras untuk mencuba hidangan ini. Heh!
Sumber : FB Penang Foodie
Leave a Reply