Seorang budak perempuan menuntut janji daripada seorang pemimpin yang berjanji untuk menanggung pembiayaan pembedahan untuk membetulkan keadaan kepalanya yang teleng 90 darjah.
Sebelum ini, Afsheen Kumbar, 11 tahun pernah mendapat perhatian seluruh dunia pada 2017 selepas gambar keadaan kepalanya teleng 90 darjah tular di media sosial.
Kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan di bahagian leher selepas terjatuh ketika berusia lapan bulan dan disebabkan ibu bapanya tiada mempunyai wang, mereka tidak dapat menghantarnya ke hospital.
Menurut abang Afsheen yang dikenali sebagai Yaqoob, penaja yang juga seorang pemimpin tidak lagi mengangkat panggilan telefon untuk mengatur semula jadual rawatan selepas pembedahan itu terpaksa ditangguhkan.
Menurut laporan Metro.co.uk, pada Februari 2018, Afsheen menerima tajaan oleh menteri terbabit dan dibawa ke Hospital Universiti Agha Khan di Karachi untuk menjalani pembedahan.
“Doktor di Hospital Agha Khan melakukan semua pemeriksaan.
Mereka beritahu kami ada peluang 50 peratus pembedahan itu akan berjaya. Mereka minta kami pulang dan fikir mengenainya.
Namun selepas sebulan, seorang pemimpin yang berjanji untuk menaja pembedahan itu tidak pernah mengangkat panggilan telefon kami.
Kami tiada wang untuk membawa Afsheen ke hospital sendiri,” – Yaqoob.
Keadaan kepalanya yang teleng itu menyebabkan Afsheen hidup menderita selain menyukarkannya untuk makan, ke tandas dan berjalan.
Manakala Yaqoob pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adiknya itu sepenuh masa.
Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi
Leave a Reply