Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak

Seorang lelaki sanggup menjual isterinya yang dikahwininya selama 12 tahun untuk khidmat seks ‘threesome‘ di laman sosial Facebook.

M Amin Santoso, 29 tahun, mendakwa dia terpaksa berbuat demikian kerana masalah ekonomi dihadapi keluarganya dan untuk membiaya persekolahan dua anaknya.

“Ini adalah untuk biaya persekolahan dua anak saya,” – jelas Amin ketika disoal wartawan di ibu pejabat polis Surabaya, Indonesia pada Isnin.

Lelaki yang berasal dari Sukomanunggal, Surabaya, Indonesia yang bekerja sebagai pengangkat barang itu mendakwa pendapatan yang diperolehnya tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan sekeluarga.

“Biasanya dapat bantuan. Tetapi, kali ini tidak. Bekerja sebagai kuli hanya dapat 50 ribu rupiah (RM14) sehari,” – M Amin Santoso.

Penduduk Sukomanunggal tersebut mengaku teruja dengan tawaran 2 juta rupiah (RM586) itu.

Apa yang mengjengkelkan, isterinya turut hadir membuat pengakuan melakukan khidmat seks tersebut kerana terdesak memerlukan wang.

Akhirnya, Amin perlu bertanggungjawab atas perbuatannya dan bakal didakwa di bawah Undang-undang Pemerdagangan Manusia atau Mencari Keuntungan daripada Pelacuran Wanita manakala isterinya pula dibebaskan.

Sumber : Detikcom

Pertandingan Perak Muda Medalist Dancesport Championship Memalukan, KPM Sangat Kecewa

1 Trackback / Pingback

  1. Sedar Wajah Kekasih Berbeza Dengan Gambar Di Facebook, Lelaki Batal Kahwin Saat Akhir - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*