Bekas Mak Nyah Berdebar & Teruja, Dapat Tawaran Pergi Haji

Seorang bekas mak nyah berkongsi rasa teruja dan seolah bermimpi apabila menerima surat tawaran menunaikan haji dua bulan lalu.

Mohamed Bakri Abu Bakar, 57 tahun yang sebelum ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Kak Jun’ memberitahu dia mahu bersujud di hadapan Kaabah memohon keampunan di atas segala dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Mohamed Bakri, dia pada mulanya hampir menolak tawaran menunaikan haji disebabkan masalah kewangan namun dipujuk beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil rakyat.

Mereka juga melancarkan tabung derma yang kini berjaya mengumpul lebih RM17,000 untuk perbelanjaannya sepanjang di tanah suci, lapor Harian Metro.

“Saya bersyukur kerana semua persiapan sudah sempurna, sejujurnya saya masih tidak percaya yang saya bakal berangkat ke tanah suci tidak lama lagi.

“Walaupun diri saya penuh dosa namun Allah masih menyayangi saya dan memberikan rahmat kepada hamba-Nya ini malah memberi peluang untuk saya menunaikan haji,” – Mohamed Bakri Abu Bakar.

Bercerita kisah silam, selepas bergelumang dengan dosa dan bergelar ‘penghuni’ lorong selama 20 tahun, Mohamed Bakri akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan pada usia 46 tahun.

Menurutnya lagi, sepanjang bergelar mak nyah dia tidak pernah memikirkan dosa sebaliknya hanya memikirkan berapa ramai pelanggan yang perlu dilayan untuk mendapatkan wang.

Dia mengatakan semasa berada di Makkah nanti, dia ingin berdoa supaya lebih ramai golongan mak nyah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

1 Trackback / Pingback

  1. Cerai Isteri Untuk Kejar Cinta & Berkahwin Dengan Kekasihnya Seorang Mak Nyah - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*