Satu rakaman video yang sangat mengejutkan apabila doktor bedah mengeluarkan seekor cacing pita yang panjang dari dalam perut seorang lelaki di India.
Lelaki yang dikenali sebagai Viren itu berasal dari bandar Jind di negeri Haryana, utara India dimasukkan ke Hospital Jaipur baru-baru ini selepas mengadu mengalami sakit perut berterusan selama 15 hari.
Sebaik sampai di hospital, pasukan perubatan memeriksa Viren dan mereka mendapati ada sesuatu yang bergerak di dalam ususnya.
Menurut doktor, pesakit tersebut dipercayai dijangkiti cacing pita selepas memakan daging babi yang tidak dimasak secukupnya atau tercemar.
Beberapa doktor melakukan pembedahan ke atas pesakit itu berjaya mengeluarkan seekor cacing pita sepanjang kira-kira 1.8 meter!
“Cacing ini tergolong dalam keluarga cacing yang dinamakan Taeniidae. Ia ditemui di dalam usus pesakit,” – pakar bedah Hospital Jaipur, Dr. DS Pawar.
Untuk info, nama saintifik cacing pita yang memiliki tubuh rata seperti reben itu ialah Taenia solium.
Jangkitan usus oleh cacing pita dewasa kerap berlaku di negara membangun termasuk di rantau Asia dan Amerika Latin.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lelaki itu bernasib baik kerana cacing pita boleh mencapai panjang 7 meter dan hidup di dalam badan manusia selama bertahun-tahun, mengakibatkan simptom teruk termasuk sawan babi.
Video doktor keluarkan cacing pita 1.8 meter dari perut
Sumber : Daily Mail
Leave a Reply