Siapa tidak kenal dengan Steve Irwin atau lebih dikenali dengan ‘Crocodile Hunter’ yang terkenal dengan ‘bermain’ dengan buaya semasa riwayat hidupnya dahulu.
Nampaknya, legasi ‘Crocodile Hunter’ diteruskan oleh anak lelakinya, Robert Irwin yang mula berjinak-jinak dengan hobi sama mendiang bapanya.
Menerusi laman Instagram miliknya, Robert merakamkan aksi yang sama seperti mendiang bapanya memberi makan seekor buaya yang diberi nama Murray di lokasi yang sama seperti 15 tahun lalu.
“Ayah dan saya memberi makan Murray. Lokasi sama, buaya sama. Dua gambar terpisah masa 15 tahun,” tulis Robert Irwin di Instagram.
Rata-rata netizen memuji usaha anak muda itu untuk meneruskan legasi mendiang bapanya dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat Steve yang disifatkan hilang tiada berganti.
Kepada yang tidak tahu, Steve telah meninggal dunia ketika berusia 44 tahun pada 2006 selepas disengat ikan pari, dan bukan dibaham buaya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Leave a Reply