Nampaknya di laman sosial Twitter sedang berlangsung kempen #hentikantaugeh untuk mereka yang tidak gemarkan sayuran yang berasal dari kacang hijau itu.
Fenomena itu bermula dari satu tweet oleh @oliowoots, dia memuat naik gambar taugeh yang telah diasingkan dan dipercayai terdapat di dalam hidangan kuewtiau gorengnya beserta kapsyen “Lunch today punya cerita… #HentikanTaugeh.”
Tweet tersebut kemudiannya menjadi viral dan disambut oleh ramai individu lain yang turut tidak gemar memakan sayuran berkhasiat itu.
Rata-rata netizen yang menyokong kempen itu mendakwa taugeh mempunyai rasa yang pelik dan tidak patut berada di dalam makanan.
Dalam pada itu, sudah pasti yang membangkang dengan kempen yang pelik kerana menganggap tindakan itu kerana merasakan itu satu pembaziran.
Sumber : Twitter
Lunch today punya cerita… #HentikanTaugeh pic.twitter.com/rwKWJ4kVjQ
— The Raya Grinch (@oliowoots) June 25, 2019
Leave a Reply