“Saya Rasa Kurang Adil…” – Aliff Syukri Tidak Puas Hati Tidak Tercalon AME2020

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila namanya tidak tercalon dalam sebarang kategori Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020).

BACA : “Saya Sayang Awak Sampai Mati” – Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik

Selebriti itu juga mengakui keliru dan tidak mengetahui sebab namanya tiada dalam pencalonan anugerah itu tahun ini.

“Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

“Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya?

“Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula,” – jelas Aliff Syukri kepada Gempak.

Aliff turut menjelaskan dia tidak berdepan masalah dengan mana-mana pihak dan dia sedar dia tidak rasa dirinya popular.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi ancaman kepada sesiapa kalau masuk bertanding sekali pun. Kalau tercalon saya gembira, itu saja.

“Saya pun sebenarnya tak rasa saya popular dan tak berharap orang tengok saya, apapun tak boleh paksa orang suka saya,” – Aliff Syukri

Aliff juga masih menaruh harapan untuk bertanding dalam mana-mana anugerah akan datang.

Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*