Agensi umrah yang membawa usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman mendedahkan Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.
BACA : “Saya Di Malaysia Selalu Dikutuk, Dihina, Dicaci” – Sajat Syukur Jalani Umrah Bersama Keluarga
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd memberitahu ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.
Bagaimanapun semuanya berubah apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.
“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.
“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” – jelas jurucakap agensi umrah kepada Harian Metro
Menurut jurucakap itu lagi, surat mahkamah yang dikatakan ada pada Sajat itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.
Kenyataan rasmi daripada Albayt Travel (M) Sdn Bhd mengenai Sajat ke Mekah
“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.
“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” – jurucakap agensi umrah.
Jurucakap itu turut menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.
Nur Sajat memakai pakaian lelaki semasa di airport sebelum ke Makkah
Pihak mereka juga telah menyemak tiket penerbangan kemungkinan dia ada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada dan wakil Wisma Putra menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana.
“Kaki Berurat Macam Usain Bolt” – Tayang Gambar Seksi, Nur Sajat Dikecam Netizen
Leave a Reply