Nampaknya belum reda lagi dengan kisah pendakwah bebas, Da’i Farhan dan isteri baharunya. Kali ini, pengarah Michael Ang tampil menyelar tindakan segelintir individu menggunakan nama tuhan dalam membenarkan setiap perbuatan.
BACA : “Saya Bermimpi Masuk Ke Dalam Kaabah” – Michael Ang Dedah Mimpi Sebelum Peluk Islam
Walaupun dalam video tersebut tiada nama Da’i Farhan disebut oleh Michael, namun netizen seperti sudah tahu topik yang diperkatakan oleh pengarah itu menerusi video di Instagram miliknya.
Menurut Michael, berkahwin untuk kali yang kedua dan seterusnya merupakan hak masing-masing, namun jangan sesekali menggunakan nama Allah.
“Salam semua! Se jujurnya aku memang tak nak komen pasal org nak kahwin 2 ke 4 ke Sebab Hak kau org.
“Tapi naik meluat pulak dengar statement dia org pasal Ini semua ketentuan Allah Dah dah la guna Nama ALLAH atas perbuatan Dan nafsu kau org! Phuiiiii.” – tulis Michael Ang di Instagram.
Jika diikutkan, Michael malas untuk komen mengenai isu terbabit, namun dia mendakwa dirinya naik meluat apabila perkara terbabit dikaitkan dengan ‘ketentuan Allah’ oleh segelintir individu.
“Sebenarnya aku tak nak komen pasal ustaz yang kahwin. Tapi naik meluat. Apa semua ni? Pergi Mekah dengan lelaki lain, balik dengan jantan lain. Ketentuan Allah?
Janganlah guna nama Allah. Tolonglah.
Kalau kata semua ini ketentuan Allah, maknanya penagih dadah itu menagih pun kerana ketentuan Allah. Orang yang membunuh pun ketentuan Allah sebab sudah tertulis,” – jelas Michael dalam video tersebut.
Dalam pada itu, netizen turut memberikan reaksi di ruang komen berhubung pandangan yang diberikan oleh Michael Ang itu.
Leave a Reply