Pelakon Fikry Ibrahim baru-baru ini dikatakan menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.
BACA : “Saya Janda Anak Satu, Boleh Terima Ke Status Saya Tu? – Siti Nordiana
Bagaimanapun, Fikry menafikan spekulasi tersebut dan memberitahu dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.
“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022,” – jelas Fikry kepada mStar.
Sebelum ini, Fikry turut dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana selain menghantar rombongan merisik Siti Nordiana secara senyap.
Menurut Fikry, dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan nama mereka.
Leave a Reply