Nassier Wahab Meninggal Dunia Selepas Muntah Darah

Awal pagi tadi satu berita yang mengejutkan apabila penyanyi Datuk Nassier Wahab, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

BACA : “Tak Payah Panggil Datuk, Panggil Sahaja Nassier” – Datuk Nassier Wahab

Menurut pembantu peribadinya, Ariff Salim, Allahyarham pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

“Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

“Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,” – jelas Ariff Salim kepada BH Online.

Allahyarham yang berusia 57 tahun itu meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56 tahun, dan seorang anak, Intan Najihah, manakala jenazahnya akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi tadi untuk urusan pengebumian.

Sebelum ini, Nassier menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di sebuah pusat perubatan, di Kuala Lumpur kerana ketumbuhan itu mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu, jelas Ariff.

Sejak itu, Nassier dilaporkan kerap sakit gusi dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Namun, apabila kesakitan itu berulang, penyanyi itu membuat pemeriksaan rapi dan doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian berkenaan.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*