“Kalau Kerajaan Ban Netflix, I Nak Baring Depan FINAS” – Sharifah Sakinah

Selepas CEO FINAS, Ahmad Idham mencadangkan filem dan drama yang terdapat di dalam Netflix ditapis terlebih dahulu mendapat perhatian dan bualan hangat di media sosial.

BACA : “Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit” – Sharifah Sakinah Sindir Peminat Yang Tegur

Isu terbabit nampaknya masih berpanjangan apabila netizen tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut termasuklah artis tempatan sendiri yang meluahkan rasa tidak puas hati.

Menerusi akaun Instagram milik pelakon Sharifah Sakinah, dia memuat naik video ‘How-to Parental Control’ buat mereka yang tidak tahu cara bagaimana mengawal isi kandungan Netflix lagi.

“If government wants to ban or filter Netflix, I’m gonna baring depan FINAS tu dengan kawan ramai-ramai” – Sharifah Sakinah

Menurut Sakinah, dia juga tidak bersetuju dengan cadangan FINAS yang mahu menapis isi kandungan Netflix kerana perkara tersebut boleh dikawal dan dipilih oleh sendiri oleh ibu bapa.

Dalam pada itu, Sakinah sempat memberi pesanan kepada Ahmad Idham dengan mengatakan dia rindu dengan drama lama arahannya iaitu Cinderella yang memaparkan aksi mesra pegang-pegang dan menari. Kah!

“Who can forget the romance scenes and all the pegang2, dancing2 that I watched when I was child on the unfiltered national TV.” – Sharifah Sakinah

Netizen di media sosial membahaskan mengapa Netflix sahaja yang menjadi tumpuan FINAS, sedangkan aplikasi lain seperti Youtube, TikTok, WeChat dan banyak lagi turut menjadi platform menyebarkan video ataupun kandungan yang tidak sepatutnya.

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Terima Tekanan..." - Ahmad Idham Dedah Punca Tamat Kontrak CEO Finas - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*