Susulan kontroversi gambar mesra pelakon Intan Najuwa di dalam air yang dipercayai mandi di laut bersama pelakon Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial.
BACA : Berpeluk Dengan Zul Ariffin, Tunang Sedih Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya
Rata-rata netizen mendakwa aksi Najuwa dan Zul di dalam gambar tersebut keterlaluan, lebih-lebih lagi dengan status Najuwa yang sudah bergelar tunangan orang.
Akhirnya, tunang kepada Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38 tahun tampil memberi komen mengenai gambar tunangnya yang menjadi bualan hangat sekarang.
“About the photos ? Sorry… saya tiada apa nak komen.
“This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” – jelas Razrul kepada mStar Online.
Menurut Razrul, sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan dan tidak mahu memberi komen yang lebih kerana bimbang ianya menjadi isu yang lain.
Kredit gambar : Funta
Bagaimanapun, pengarah terkenal Osman Ali menafikan babak mesra itu berkaitan dengan adegan dalam drama berkenaan selepas ramai yang mendakwa ianya antara babak di dalam drama arahannya.
“Hubungan Kami Okey” – Tunang Beri Penjelasan, Status Kecewa Bukan Untuk Intan Najuwa
Leave a Reply